Cipot tul mamat arab sorang ni.. Pagi-pagi dah bikin gue ati panas. Selalu aku pagi gi kerja ati ada senang.. Muka sentiasa senyum.. Walaupun tren sarat ngan penumpang-penumpang yang nak pergi kerja menggunakan perkhidmatan awam. Aku akan senyum ngan semua orang walaupun orang tu ingat aku gila atau pun tak senyum balik. Nak dijadikan dijadikan cerita pagi ni aku naik kereta park kat Bukit Jalil. Keluar lambat sikit, sebab bajet arini tak ramai orang. Jangkaan aku memang betul, perjalanan ke Bukit jalil memang lancar. Aku siap nyanyi gi lagu Siti Nurhaliza sambil goyang kepala versi "Metal".. heheheh.. Sampai Bukit Jalil jam 7 pagi. Kat stesen orang tak ramai. Chill jek pagi ni. Memang best. Letak MP3 player kat telinga. Layan Artificial life sambil terkumat kamit nyanyi lagu yg didendangkan. Naik tren jek aku dapat tempat duduk. Duduk depan awek plak tu.:P
Sampai di stesen Chan Sow Lin, operator tren bagi pengumuman. "Tren akan berpatah balik ke Sri Petaling kerana ada masalah teknikal". Tengok jam kat tangan.."masih awal gi ni, baru kul 7.30am".. Ok le tu.. Orang punya la ramai. Semuanya yang keluar dari tren dari Sri Petaling dan dari Ampang. Memang sarat ngan orang le kat stesen Chan Sow Lin. Setengah jam jugak kena tungu. Operator train pun announce "Keretapi akan berjalan seperti biasa, sila ke Platform A".. Orang-orang yang nak gi kerja semua berhimpit kat stesen A. Train pun datang, Tak sempat orang nak kuar.. Orang yg tungu kat platform A tu terus masuk. Dalam hati aku, "Kasi la orang keluar dulu, baru la masuk, apa daaa.." Aku malas nak berebut..biar le kasi dioarng yang takde sivik tu masuk dulu.. 3 train dah lepas..sebab penuh dan orang dok berebut..kecoh siot time tu.. Tengok semua pakaian ber TIE untuk yang lelaki..pakai SMART..yang perempuan plak, punya la cun, pakai ala-ala keje ofis dan korporat.. Tapi perangai..adus..sadis siot.. Yang cun2 pun sama gak..terus aku tengok jadi tak cun terus..hampeh.. Aku plak yang rasa mcm jadi perempuan..kena cover tangan.. takut tersentuh NENEN diaorang..kekeke..tapi diaorang selamba kodok jek..hehehe...
Train ke-4 pun sampai, aku bajet bleh le naik tren ni. Skali tu sarat jugak.. Dok tengah beratur nak naik, ada la seekor mamat Arab ni. Pakaian smart, muka hensem..skali tu otak tarak.. Aku ngah beratur elok2 skali tu dia bleh plak tolak aku ke depan..pergh..terus menyiram darah pahlawan aku..kekeke...dia tolak aku 2 kali..so aku ngan tak berpikir panjang terus tolak dia ke tepi.. bukan apa yang aku tolak dia tu, ada ke patut dia gi tolak gak sorang makcik tu..tu yang aku baran tu..lepas aku tolak dia, bleh pulak dia menonong dan berebut-rebut gi..pergh..memang nak kena seligi betul mamat arab sekor ni.. aku tengok je muka dia..mana tau dia tengok aku balik..hehehe.. aik tak tengok plak..masih buat bodoh gik..
Nakbagi pembalasan kat dia, train tu penuh..dia pun tak leh naik..hhehee..padan muka ko SETAN..hehehe..geram siot.. Muka dia pun nampak hampa..hehehe.. Dia terjumpa member dia, aku rasa member opis kot. AKu dengar, "Shall we take a cab".. Aaaa..bagus la tuh..kurang skit orang yang bodoh macam ko SETAN..(dalam hati aku).. Masa dia nak blah tu.. bleh plak dia tengok aku pastu dia angkat muka tak puas hati.. Aku pun apa lagi..tolak dia kuat2..belum sempat tangan nak naik..ada orang tahan aku..pergh..nasib baik le...kalau tak, aku ngan dia tak pegi keje le..hehehe.. Lepas je kejadian tu, aku rasa menyesal le plak.. sebab nak bergaduh..argh..pedulik la.. nasib baik aku tak ikut mcm cerita ROMPERS STOMPER... "This is not your country"..kekeke :)
Pertengkaran tu end up mcm tu jek..takde yang berdarah atau lebam..hehehe.. Semua selamat. Takde yang cedera. Alhamdulillah.. So nasihat aku le untuk kawan2, jangan le berebut-rebut masa naik public transport. Especially yang perempuan tu, jaga la sedikit sifat2 keperempuanan anda.. Tak semua la..tapi aku buat kajian sendiri, perempuan yang naik public transport ni memang tak peduli orang.. Main langgar jek. Kang kalau terlanggar NENEN, marah plak..hehehe.. Yang mamat arab tu plak.. "Jaga lor, gue ingat muka lor"..hehehehe...
PEACE :P
Friday, January 30, 2009
Wednesday, January 28, 2009
Junker Dude
Thursday, January 22, 2009
Nasi Ambeng..meleleh..
Kedai ni baru semingu dibuka. Terletak kat area Cheras. Dekat ngan Jusco Maluri. Sebelah ngan JPN. Time tengahari, gila ramai orang.. Kalau cepat dapat le pekena nasi ambeng kat sini. Harga RM4.80. Memang berpatutan. Mana taknya, hidangan nasi bersama ayam masak rempah atau ayam masak kicap, sayur goreng, serunding kelapa dan ikan masin.. Memang puas hati. Plak pekena ngan air soya cincau..pergh..memang sodap.. kerugian hanya RM1.50 untuk air. Kalau korang nak pekena roti bakar ala-ala kopitiam pun ada gak. Datang ngan set. Kalau bahgian malam plak, ada sediakan makanan western. Burger dengan daging burger nye buatan sendiri. Home made burger. Harga pun berpatutan.. Sebab setiap burger dihidangkan sekali dengan fries. So, agak2 nak chill kat situ pun kira cun le. Sebab dia open air. Student2 ramai yagn berpleseran. Agak naik cari jodoh pun boleh..hehehe.. So kalau agak2 datang area KL tu, singgah le yek..heehhe
Friday, January 9, 2009
Salam Jumaat (Tolong bantu mereka)
Flyer ni aku dapat masa solat Jumaat di KLCC. Diedarkan oleh GAMIS. (Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia).
Sudah 4 abad lebih bro.. Cerita ni memang tak akan habis hingga akhir zaman.. Gue bersyukur di bumi Malaysia..namun tak leh le ambil tak peduli ngan apa yang berlaku kat bumi Palestine.. Harap2 sikit sumbangan untuk diaorang, kita sama2 kasi bantuan..
Khutbah Jumaat arini.. ada diberitahu, oleh Sheikh Yousef Al-Qaradawi "Tiada siapa yang dapat bantu melainkan kita orang islam, biarpun terpaksa mengikat perut." syahdu siot bila aku dengar ayat tu.. Untuk kawan yang membaca post ni.. jom kita tunaikan tanggungjawab.. Mudah-mudahan wanita2, anak2 kecil dan semua rakyat Palestine dilindungi. Amin..
Khutbah Jumaat arini.. ada diberitahu, oleh Sheikh Yousef Al-Qaradawi "Tiada siapa yang dapat bantu melainkan kita orang islam, biarpun terpaksa mengikat perut." syahdu siot bila aku dengar ayat tu.. Untuk kawan yang membaca post ni.. jom kita tunaikan tanggungjawab.. Mudah-mudahan wanita2, anak2 kecil dan semua rakyat Palestine dilindungi. Amin..
Friday, January 2, 2009
Selamat Tahun Baru
Selamat semuanya..tahun baru ni..mcm biasa..semua ada azam baru..so sama la ngan aku... alhamdulillah tahun lepas nye azam ada yang aku capai..dan ada gak yang aku tak dapat nak capai..hehehe...jadi ini tahun pak cik kena bayar libih..(kira kuat main pun mau kuat) hehehe..tahun ni nak travel lebih skit.. plan bulan 8 ke Bandung.. insyaallah jadi.. tiket sudah amek..cuma cuti jek tak isi gi.. tak pedulik.. janji bulan 8 aku kuar.. Untuk azam yang lain..insyaallah akan dicapai... harap2 tahun baru ni semuanya berjalan lancar.. AMIN..
Subscribe to:
Posts (Atom)