Thursday, April 21, 2011

Kembali bekerja

Tunang aku yang banyak menjaga aku. :)

Dah 2 minggu aku dapat cuti. Sebab operate perut. Bosan gak rasa bila cuti duduk kat umah, tak boleh nak keluar rumah :). Gara-gara jatuh basikal menyebabkan tisu perut aku koyak lebih kurang sejengkal dan ada darah beku. Alhamdulillah semua berjalan lancar. Pembedahan ambil masa lebih kurang sejam lebih dekat Hospital KPJ Ampang Puteri. Nasib baik la gak ada insuran syarikat. Jadi boleh la guna. Kalau tak rugi gak la guna insurans sendiri. Nasihat aku pada teman-teman. Ambik la insuran. Bukan apa, untuk masa hadapan kita tak tau apa yang berlaku. At least tak yah la keluar duit banyak sangat. Beli insuran tau :). Terima kasih pada kekasih aku, merangkap tunang..hehehe. Dia la yang jaga aku masa aku kat hospital. Dia gak la yang bawak aku gi kelinik, hospital dan teman aku kat hospital. Terima kasih banyak-banyak. Pengorbananmu sangat dihargai. Terima kasih gak pada teman-teman yang datang melawat. Teman-teman Facebook yang selalu beri doa atas kesihatan keselamatan aku. Aku doakan korang semua sihat dan dikurniakan limpahan rezeki yang banyak.

Baru lepas operate.

Baru lepas operate.

Baru nak gi operate.

Baru nak gi operate.