Tuesday, December 23, 2008

Tuesday, December 9, 2008

Tee Print untuk Arul Corepeps


Artwork tu dari Arul Corepeps. Arul aku kenal masa art exhibition bersama KARYA. Masa tu Weird Art yang organize kat MCPA hall KL. Mamat ni seorang arkitek. Tapi minat mendalam dalam bidang seni reka grafik. Jadi masa lapang dia memang le melukis je. Dia ada hasil kan beberapa Art Zine. Dah isu 6 dah kalau tak silap aku. Ni nak masuk 7 dah. Memang rajin. Walaupun dah berumah tangga dan ada anak. Masih ada masa untuk buat zine. Memang aku tabik hormat kat dia atas kerajinan dia. Pernah gak berkolaborasi bersama dengan dia masa RANTAI art event tahun lepas. Tahun di pelawa juga, tapi aku baru tukar kerja. Kerja amat le banyak (kekeke alasan). Insyaallah tahun depan aku join ya bro.. Tahun ni aku tak dapat nak join. Dapat print kan baju untuk Corepeps pun dah cukup baik dan aku betul2 honored sebab dia kasi aku peluang untuk print kan baju untuk label dia. Nanti aku post kan zine2 yang dia dah hasilkan..Selamat. Hari Raya Qurban

Friday, December 5, 2008

Ngah layan band ni plak..Terbaik beb

The Cat Empire nama band diberi.. Diaorang ni berasal dari Australia. Ada unsur Jazz, Ska, Reggae dan Funk. Memang best.. Ada horns section. Trumpeteer dia memang terbaik.. Sila la layan.. Tak tau la ek kat sini ada tak jual CD dia..kalau ada bitau aku k..

Beskal Aku DUT.. brani tak brani..


Hehehe..beskal ni aku save dari orang nye page.. Jangan marah aa.. Kudut weapon tak beskal up coming aku..korang nak DH la DJ laa..apa2 saja la.. Ko tengok beskal ni weapon tak weapon.. Ni setakat downhill bukit Aping ni selamba je beb.. halus la brother..hehehe..(menganjing kudut dan naz) kepada brother2.. brani tak brani..hehehe

Tuesday, December 2, 2008

Steven bersama pokok kelapanya


1st time aku dengar lagu band reggae dari Indonesia ni dari Ipin. Peminat tegar. Tak sangka masa permulaan ke Jakarta sama ngan Ipin, Naz ngan Muiz kita orang check in kat rumah tumpangan dekat area jln Jaksa, kota Jakarta. Kebetulan kedai jualan stuff Steven & Coconut Treez terletak betul2 dekat ngan tempat hostel kitaorang. Tapi nasib tak menyebelahi kitaorang. Tak dapat nak jumpa Steven. Sempat gak le aku beli album diaorang dan t-shirt. Rugi rasanya masa tu tak dapat jumpa face 2 face.
Tak sangka gak rezeki nak jumpa band reggae ni termakbul. 29hb lepas kitaorang dapat perform 1 stage ngan Steven. Pergh..memang tak sangka betul.. rezeki2.. Walaupun tak puas tengok diaorang main, hanya 2 lagu je..(kesian siot ngan band Steven) tapi dapat bergambar pun jadik la..hehehe.. so pada sesiapa peminat lagu.. cari le album Steven ni..memang best.. tak jemu ku dengar..heheheh

Monday, December 1, 2008

APA KORANG DAPAT KALAU BERGADUH


Serabai!!!!!... apa sey dapat kalau bergaduh.. aku tumbuk muka ko..ko tumbuk muka aku.. tak puas hati lagi ko amek pisau tu tikam je..ko tikam aku aku tikam ko..dua dua mati.. puas hati korang.. untuk yang kaki kaki yang nak tunjuk terer.. tak payah la korang nak gaduh2 k..takde pe yang dapat korang buktikan.. kalau setakat tertumbuk skit tu masa mosh..skit lebih kurang halal bro.. aku paham darah muda korang tu.. aku pun pernah ada darah muda dan pahlawan gak..hehehe.. tapi tu citer lama.. tak dapat pe pun..sakit badan je.. tu nasib baik sakit badan.. mati, tak ke naya.. tak pun korang bayang kan..arini ko tibai orang.. esok lusa ko ngah jalan2 kat bandar..skali tu budak yang ko tibai tu aim dan simpan dendam kat ko.. dengan pelan2 dia dtg belakang ko..ZAPPPP!!!! dia terus tikam ko.. ilang nyawa beb.. so..sebelum buat pe2.. pikir masak2 beb..dan pikir gak orang tua korang yang masih ada.. jadi FIKIR-FIKIR kan lah k.. PEACE.LOVE.UNITY