Friday, December 24, 2010

PCP Extreme Sports Competition 2010






Minggu lepas ada kerja amek gambar dekat Putrajaya Extreme Park. Ada Cross Country Mountain Bike comp, Skateboard Comp. BMX Comp dan Inline Comp. Acara penutup untuk tahun 2010. Memang bagus2 peserta2 semua. Ada yang memang pernah wakili Malaysia untuk sukan X-Games Asia dan Dunia. Tahniah kepada para pemenang.

Friday, November 19, 2010

PCP DH Comp






Minggu lepas, sempat gak la ke PCP, tengok DH competition. Sampai pun dah agak lewat gak. Sempat amek beberapa gambar jek. Lepas tu gi skatepark. Tengok pa'din dan kawan2 lain skate. Terjumpa gak ngan Maris. Gila lama tak jumpa dia. Pun dah kawin dan baru dapat anak :). Semua kawan2 dah kawin, aku bila gik.. :) Pa' Din...masih gempak macam dulu gak. Memang dia dilahirkan untuk menjadi skaters yang berjaya kat Malaysia ni. Good luck untuk dia dan kengkawan lain.

Thursday, November 4, 2010

Friday, October 1, 2010

Wednesday, September 29, 2010

Tuesday, September 28, 2010

Tuesday 28 September 2010

Photo 1 (untitled)
Photo 2 (untitled)

Thursday, September 9, 2010

Bila nak raya..kena keja gak :P


Kelam kabut dibuatnya..last minute nak foodshot baru..belasah je la..last minute nye keje..aku bagi last minute nye hasil. nak lebih lepas raya la eee.. :) Skang ni mood tengah nak raya jek ni :)

Thursday, September 2, 2010

Dugaan kali kedua pada bulan puasa :)


Seperti biasa, rutin bila kena keluar gi amek gambar makanan. Dugaan paling utama bila bulan puasa. Kena goreng sendiri, kena pegang sendiri, kena hias sendiri dan kena shoot sendiri. Letih, lapar dan haus. :p

Friday, August 20, 2010

Bila amek gambar pada bulan puasa = dugaan



Memang dugaan bila amek gambar bulan puasa ni. Jadi nak tak nak, kena tahan gak. Amek bau je cukup. ;p

Friday, August 6, 2010

Sepetang bersama teman-teman











Minggu lepas, acara paling best. En Muzammir Khiran aka Amert telah mengorganise acara skate, ride & destroy di Taman Cabaran Putrajaya. Memang bebudak ni berani kentalnye. Next time amert, ang jgn lupa masak mee hoon goreng naaaa.

Thursday, August 5, 2010

Tengok negara orang





Bulan lepas aku berpeluang ke Melbourne. Tiket dah book tahun lepas. Agak berbaloi gak la. Aku, cewe dan teman2 dia Nurul dan Lin. Tempat tinggal pun lepak kat Malaysia Hall je. Sehari AUS14. Kira ok la. Ada tempat tido dan mandi. Cuma makan kat sana agak mahal gak la. Sekali makan memang tak lari AUS10. Melbourne memang cantik dengan pembangunan moden dan lama. Agak tersusun rapi bandar dia. Yang best nye, ada laluan untuk basikal sepanjang-panjang jalan. Jadi aku tengok, rata2 penduduk kat Melbourne ni guna basikal sebagai pengangkutan diaorang. Yang gi keje ofis ke, budak sekolah ke atau nak bersantai ke, naik beskal je. Sistem pengangkutan awam diaorang juga baik. Siapa nak naik tram, leh naik tram atau bas atau pun train. Tambang pun kira murah gak la. AUS26 dolar, boleh naik 3 3 pengangkutan tu selama semingu. Tak kira la bape banyak kali nak naik. Tak kisah. jaji lepas semingu kena top up lain. Yang lain aku rasa sama je dengan Malaysia. Cuma cuaca masa aku pegi tu agak sejuk. Beza ngan Malaysia yang cuacanya panas dan lembap dimana memang aku suka cuaca macam ni. Sebab kat Malaysia leh pakai suar pendek jalan kat luar, tak sejuk. ;). Cukup aku semingu kat Melbourne, memang kepala dah ingat nak balik. Mungkin sebab aku rindu keluarga dan kawan-kawan. Kalau ada peluang lagi, insyaallah akan ke sana lagi. ;)

Wednesday, June 30, 2010

Foodshot untuk BS

Yang bestnye amek gambar makananan bila takde orang nak kacau atau kasi arahan nak ikut diaorang nye kepala. Amek gambar ikut kepala sindri. Ikut suka kita propose. Janji outputnya diaorang suka. ;)

Monday, June 28, 2010

Lepas amek gambar kita mamam leee.. ;)



Minggu lepas hari Jumaat. Ada shooting gambar makanan kat Monash University. Tempat dia cantik gak. Lepas amek gambar, apa lagi..mamam le.. (gambar untuk Mr Hotdog di Monash University)

Friday, June 25, 2010

Gambar makanan lagik ;p


Nak hangin jek semalam. Suka no nak bitau last minute. Ingat nak amek time tu gak terus jadik. Dah le tu, banyak plak le kerenah. Ikut kan ati nak je suh amek sindri. Nasib baik la dapat makan free lepas amek.hehehhe.. Alhamdulillah.. ;)