Saturday, September 27, 2008

Yihaa...New design tshirt for Plague of happiness



Ni salah satu karektor untuk design baru untuk band Plague Of Happiness. Ada lagi karektor2 lain yang akan diselitkan.



Selamat Hari Raya Semua


Sempena bulan yang mulia dan baik ni. Aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Maaf ZAhir Batin. Diharap salah dan silap dapat dimaafkan. Mungkin aku terkasar pada kengkawan baru dan kawan lama. Diharap dapat dimaafkan ya..Take care semuanya, dan bergumbira le disamping keluarga..daaaa

Wednesday, September 24, 2008

Jim Phillips the great!

Jim Phillips...Mamat ni memang champion tak ingat punye. Salah satu aku nye influence dalam bidang seni lukis. Mamat ni banyak menghasilkan illustrasi untuk skateboard dan surfboard. Mula menghasilkan artwork dalam scene skateboard ni sejak tahun 1974. Artwork yang paling popular ialah artwork "Screaming Hand" untuk label skateboard Santa Cruz. Dimana banyak rider2 yang dibawah label Santa Cruz ni seperti Jason Jessy dan juga Rb Rosskopp. Ingat gi aku aku masa time abang aku skate dlu. Dia pakai deck Santa Cruz Jasson Jessy. Masa deck shape ikan dlu. Memang kebanyakan illustrasi beliau menggunakan warna-warna terang dan boleh dikatakan POP. Nak tau lebih info pasal Jim Phillips ni..boleh layari http://www.jimphillips.com


Flyers oh Flyers



Flyers2 ni dibuat untuk Plague Of Happiness promo tour untuk album pertama band ni. Masih disimpan untuk aku nye koleksi dan artwork. Sesiapa yang berminat untuk dapatkan flyer full color A3 size boleh contact aku thru email. Sekeping A3 size full color berhargaRM10 sahaja.



Poster For Plague Of Happiness

Photo shot ni diambil oleh rakan yang memang talented dalam pengambilan foto sukan xtreme. Mamat ni pernah kerja di Revolution dan 3X. Aku memang suka tengok shot2 dia. Kebanyakan shot2 aksi dia memang menarik. Haizan nama dia. Memang talented. Untuk shooting ni. Kitaorang shoot di kilang yang dah nak roboh di Pasir Gudang JB. Banyak shot yang dibuat untuk promosi album Plague. Lepas dipilih dan ditapis, gambar ni dipilih untuk poster promosi album plague. Edit lebih kurang, lepas tu aku place ke dalam Illustrator dan buat sedikit illustration dan penggunaan typo untuk poster ni. Konsep masih sama macam cover album. Bayangan 6 orang KAWAN masih digunakan. Next aku post gambar cover CD untuk plague plak.

Sarjan Akub dan Manson Gendut


Untuk Sarjan Akub dan si Manson Gendut ni, pada peringkat permulaan, macam biasa. Sketch kat atas kertas. Lepas tu aku outline guna Artline pen 0.3. Senang sikit guna pen artline ni. Lepas siap buat outline, aku bersihkan bahagian pemadam bagi bahagian mana yang patut sebelum kasi kat abang aku untuk discan. Untuk sarjan Akub aku warna dan outline erus guna Adobe Illustrator. Tapi untuk si Manson Gendut tu, aku guna Adobe Photoshop untuk proses warna.

Artwork masa bosan3


POD heads

Artwork masa bosan2



My Lady

Artwork masa bosan


my Heart

Monday, September 8, 2008

1st issue CrAzY SkuLL


Hi guys! and assalamualaikum to all muslims. Selamat melayari Paranoid Of Death.Ini adalah isu pertama design tee dari POD. Aku akan terang sedikit sebanyak proses buat tee ni. Ada certain2 gambar yang aku tak dapat masuk kan lagi, kamera aku masuk air daa...so permulaan ni aku letak jek sample gambar. Okeh..mula2 nye aku skecth atas kertas dulu. Dah sketch, pastu aku guna pen artline 0.3 untuk kemas line dan lukisan yang seperti kat sebelah tu.. Settle jek guna pen, aku pun kasi le kat abang aku. Mintak tolong dia scan kan kat opis die. Hhehe..sebab aku takde scanner. Belum ada bajet gi nak bli scanner :). Lepas jek scan, utk kerja mudah aku import ke photoshop. Kasi terang skit, aku naik kat curve dari Photoshop lebih kurang 5% jek. Lepas tu aku place kat dalam Illustrator CS2. Ni nak buat keje senang sebenarnya. Dekat Illustrator, aku klik Object > Live Trace > Tracing Option > aku set black & white. Pastu klick le Ok. Siap. Aku guna live trace tu utk cepatkan kerja pembikinan filem nanti. Dan gi 1 maleh aku nak trace, detail sgt. Sbab aku nak masih nampak effect sketching bila print ke atas baju nanti. Sebelum permulaan buat block, aku try susun atur pada 3 jenis kaler tshirt yg berbeza. Ini untuk memudahkan untuk aku sebelum print diatas warna baju yang sesuai. Untuk upcoming Post, aku akan buat sedikit tutorial, cara nak buat blok dan print tshirt kay. Selamat mencuba. (Sorry tak dapat letak gambar in detail work aku, kamera kawan masuk air le)